Mohd. Azhar Sharidan, 25, yang mengalami masalah lembam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.â¨
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Mohd. Azhar dituduh merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tangki air Taman Mahkota Aman Batu 11, Gambang di sini antara pukul 5 hingga 7 petang pada Mei lalu.â¨
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit Mahkota Aman di sini antara pukul 5 hingga 7 petang Ogos lalu.â¨
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.â¨
Unaizah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Januari ini sebagai tarikh sebutan kes. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment