Mengaku cuba bunuh lelaki dengan langgar guna kereta

Wednesday, November 29, 2017

Mengaku cuba bunuh lelaki dengan langgar guna kereta

Mengaku cuba bunuh lelaki dengan langgar guna kereta

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang warga Bangladesh yang cuba hendak membunuh seorang lelaki dengan melanggarnya menggunakan kereta menerima padah apabila dihukum enam tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Tertuduh, Mollah Anamul Noug dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Mohammad Ashraful Islam dengan cara melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta Perodua Kembara di tepi jalan kawasan perindustrian Batu Tujuh, Dungun, kira-kira jam 9.30 malam, pada 16 November lalu.

Tindakan tertuduh itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dada, bahu kiri dan kaki kanan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment