Pemain pengalaman julang Kelab Glugor Pulau Pinang
DIBARISI ramai pemain berpengalaman menjadi antara faktor kejayaan Kelab Glugor Pulau Pinang muncul juara Divisyen Tiga Liga Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) bagi musim 2017 sekaligus mengenepikan cabaran 12 pasukan lain.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium USM, kelab tersebut berjaya menewaskan ZA FC dari Teluk Bahang dengan keputusan penuh 2-0 hasil jaringan Zainudin Abidin pada minit ke- 63 dan Mohd Harpiz Taib (minit 88).
Kelab itu memperolehi kejayaan berganda apabila pemain terbaik perlawanan akhir Divisyen Tiga menjadi milik penjaga gol kelab tersebut, Amir Omar Khata.
Pengurusnya, Alafeed Ismail berkata, bersandarkan perkara tersebut, Kelab Glugor Pulau Pinang hanya akan melakukan rombakan sekiranya ada panggilan dari pasukan negeri atau pemainnya dipancing pasukan luar bagi musim 2018.
Menurutnya, sasaran pengurusan jelas mahu secepat mungkin dapat beraksi di Divisyen Satu dan kejayaan mara ke Divisyen Dua pada musim hadapan merupakan satu permulaan yang baik.
"Pengurusan meletakkan sasaran untuk dapat beraksi di Divisyen Dua FAP pada 2018 dengan muncul dua pasukan terbaik pada musim ini dan sasaran itu tercapai.
Sekali lagi kami berazam untuk muncul dua pasukan terbaik Divisyen Dua pada tahun hadapan dan mungkin sedikit rombakan sahaja dilakukan sekiranya ada pemain dipancing oleh pasukan luar," katanya kepada Sinar Harian.
Alafeed yang juga penolong jurulatih kelab itu berkata, pengurusan berazam untuk terus melakukan kejutan pada musim 2018 dengan mensasarkan dua pasukan terbaik biarpun berdepan dengan pasukan lebih pengalaman.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment