Gangguan perkhidmatan KTM komuter pulih

Thursday, November 30, 2017

Gangguan perkhidmatan KTM komuter pulih

Gangguan perkhidmatan KTM komuter pulih

SHAH ALAM - Gangguan perkhidmatan tren KTM komuter sektor Pelabuhan Klang yang berlaku awal pagi tadi susulan kejadian pokok tumbang kini dilaporkan pulih.

Menurut Facebook KTM Berhad, laluan KL Sentral- Pelabuhan Klang beroperasi semula pada jam 2.40 petang tadi tetapi akan mengalami kelewatan kerana penggunaan satu landasan antara Padang Jawa-Pelabuhan Klang serta Pelabuhan Klang-Padang Jawa.

“Kelewatan dijangkakan berlaku antara 20 hingga 30 minit.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman twitter rasmi KTM Berhad di @ktm_berhad dan hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200,” katanya.

Terdahulu, berlaku insiden pokok tumbang dari luar kawasan premis KTM Berhad dan jatuh ke kawasan landasan sehingga mengakibatkan kabel talian atas putus antara laluan Stesen Jalan Kastam-Stesen Klang awal pagi ini.

Susulan itu, perkhidmatan tren KTM komuter melibatkan laluan Stesen Padang Jawa-Stesen KL Sentral mengalami gangguan dan hanya dapat beroperasi dengan kekerapan setiap 30 hingga 45 minit.

Selain itu, perkhidmatan tren bagi laluan Stesen Bukit Badak-Stesen Pelabuhan Klang terpaksa dihentikan.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment