Sidang Dun kecoh gara-gara pantun

Tuesday, November 28, 2017

Sidang Dun kecoh gara-gara pantun

Sidang Dun kecoh gara-gara pantun

ISKANDAR PUTERI - Persidangan Dewan Negeri Johor, hari ini, gamat seketika apabila pantun digunakan seorang Adun BN menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

Adun Bukit Permai, Ali Mazat Salleh dalam ucapan perbahasannya melantunkan pantun yang terdapat perkataan ‘anak Cina’.

Ia kemudiannya mendapat bantahan Tan Hong Ping (DAP-Mengkibol), Yeo Tung Siong (Dap Pekan Nanas) dan Gan Peck Cheng (DAP-Penggaram).

Kesemua wakil rakyat pembangkang itu kemudiannya meminta Speaker Dewan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz mengarahkan Ali Mazat keluar daripada dewan.

"Teruk betul Bukit Permai, tolong dihalau keluar daripada dewan. Cakap macam perkauman,” kata Tung Siong.

Bagaimanapun, Mohammad meminta semua Adun BN dan pembangkang untuk bertenang selain meminta Ali Mazat meneruskan ucapan perbahasannya.

“Sila teruskan ucapan,” katanya Mohamad.

Ketika menyambung semula ucapan perbahasannya, Ali Mazat berkata, beliau berhak untuk menyebut anak sesiapa pun dalam pantun ucapan perbahasan itu, namun Adun Penggaram meminta agar tidak menyentuh kaum Cina atas semangat bangsa Johor.

“Jangan pakai kaum Cina, kita semua bangsa Johor,” kata Peck Cheng.

Ali Mazat kemudiannya meneruskan ucapan perbahasan Bajet Johor 2018 dengan menukar ‘Anak Cina’ kepada ‘Anak Ali’ yang mendapat reaksi positif dari Hong Ping.

“Ini lebih betul,” kata Hong Ping.

Speaker meminta agar pantun dilantung dihentikan, namun disambung dua rangkap pantun oleh Ali Mazat yang seakan terarah kepada wakil rakyat Pas.

“Puteri Wangsa, Maharani, Sungai Abong memang peramah; selalu memuji macam boleh bergabung,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment