Terkini 13,520 mangsa banjir di Kelantan

Wednesday, November 29, 2017

Terkini 13,520 mangsa banjir di Kelantan

Terkini 13,520 mangsa banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,520 orang membabitkan 4,964 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 99 pusat pemindahan di sembilan daerah termasuk Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, setakat jam 9 pagi ini, Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 8,553 mangsa berada di 44 pusat pemindahan.

Manakala, 1,400 mangsa banjir di Kota Bharu membabitkan 356 yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan.

Sementara itu, dua sungai masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kuala Jambu

Tiga sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment