Malaysia, pintu masuk India ke Asean

Wednesday, November 29, 2017

Malaysia, pintu masuk India ke Asean

Malaysia, pintu masuk India ke Asean

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah pintu masuk India ke negara-negara Asean dan di luar darinya, memanfaatkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sejak 1998, India telah menjadi destinasi eksport terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dan sejak dekad lepas perdagangan meningkat lebih empat kali ganda.

"India ketika ini merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia, destinasi eksport ketujuh terbesar kita dan sumber import ke-11 terbesar kita,” katanya dalam ucap tama beliau di Persidangan Pemimpin Perniagaan Economic Times Asian, di sini, hari ini.

Najib berkata India juga ketika ini merupakan pelabur ke-20 terbesar Malaysia dengan jumlah pelaburan bernilai AS$2.31 bilion (AS$1 = RM4.08).

“Sementara itu, Malaysia merupakan pelabur asing ke-21 terbesar di India dan yang kedua terbesar dari Asean,” katanya.

Perdana Menteri berkata perkongsian strategik yang dijalin antara kedua-dua negara itu pada Oktober 2010 dibina atas hubungan erat secara tradisinya dan dipertingkatkan lagi dengan lebih dinamik.

"Usahawan dan syarikat Malaysia kini memanfaatkan peluang ekonomi dan pelaburan yang amat besar di India, terutamanya dalam prasarana,” katanya.

Beliau berkata antara negeri-negeri di India yang syarikat Malaysia aktif beroperasi ialah Rajashtan, Telegana, Andhra Pradesh, Maharashtra dan Tamil Nadu.

Najib berkata oleh kerana Malaysia dan India menyertai dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, kedua-dua negara akan menjadi sebahagian daripada kawasan yang mengandungi hampir 50 peratus daripada penduduk dunia dan menyumbang hampir 40 peratus daripada perdagangan global apabila perjanjian perdagangan mega itu dimuktamadkan kelak.

"Jadi kedua-dua negara ini bukan sahaja bersiap sedia, tetapi juga bertekad untuk menyemarakkan Asia ke persada global,” katanya. -Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment