Padah tiada tanda harga, timbang tamat tempoh

Tuesday, November 28, 2017

Padah tiada tanda harga, timbang tamat tempoh

Padah tiada tanda harga, timbang tamat tempoh

KLANG â€" Tidak meletakkan tanda harga pada barangan dijual dan alat timbang tamat tempoh.

Itu antara kesalahan dikesan dilakukan peniaga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dalam pemeriksaan di pasar pagi Pandamaran, di sini semalam.

Penolong Pengarah KPDNKK Selangor, Muhammad Ismail Ali berkata, pemeriksaan dijalankan bermula jam 8.30 pagi melibatkan 19 pegawai dan anggota.

Menurutnya, 86 gerai di pasar terbabit diperiksa.

“Dalam pemeriksaan yang tamat kira-kira jam 10 pagi itu  enam gerai didapati tidak meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dijual dan alat timbang tamat tempoh.

“Enam kes kompaun serta merta RM600 dikeluarkan dan tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan Akta timbang dan Sukat 1972,” katanya.

Beliau berkata, peniaga dinasihatkan mematuhi perundangan dengan meletakkan tanda harga bagi setiap barangan dijual.

Katanya, mereka juga perlu memastikan alat timbangan digunakan sentiasa dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah di samping menjadi peniaga beretika.

Katanya, pemeriksaan sedemikian akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment