Sultan Perak berkenan rasmi sambutan Maulidur Rasul

Thursday, November 30, 2017

Sultan Perak berkenan rasmi sambutan Maulidur Rasul

Sultan Perak berkenan rasmi sambutan Maulidur Rasul

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat dan sekali gus menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Malidur Rasul 1439/2017  Peringkat Negeri Perak  di Casuarina @ Meru, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Musa Musa, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Hussin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Mohd Radzi Kamarul Hailan.

Majlis diteruskan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan nasyid terkemuka tanahair, Hijjaz.

Majlis diteruskan lagi dengan titah Diraja daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang kemudiannya menyempurnakan majlis perasmian sambutan berkenaan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan berselawat beramai-ramai dengan dipimpin oleh barisan imam dari beberapa masjid di sekitar Ipoh.

Pada majlis sambutan berkenaan, Sultan Perak, Sultan Mazrin Muizziddin Shah turut berkenan menyampaikan anugerah kepada pegawai masjid melibatkan imam, muazzin dan siak, anugerah pendakwah dan anugerah keluarga mithali.

Anugerah imam disampaikan kepada  Imam Masjid Nurhidayah, Kampung Temelong, Bahari Ahmad, Muzain Ismail (Muazzin/Bilal) dan Saad Ibrahim bagi anugerah siak.

Anugerah pendakwah pula diberikan kepada Muhammad Nasir Thanabalan Abdullah dan anugerah keluarga mithali, menjadi milik keluarga Ismail Abdullah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment