Portal berita 'kitar semula' isu berkaitan Mara

Thursday, November 30, 2017

Portal berita 'kitar semula' isu berkaitan Mara

Portal berita 'kitar semula' isu berkaitan Mara

PUTRAJAYA - Laporan berita berhubung skandal pembelian bangunan di Melbourne, Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disiarkan oleh portal tempatan merupakan isu lama yang diterbitkan semula.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu itu telah selesai di pihaknya setelah menyerahkan dokumen kepada SPRM.

“Kita difahamkan SPRM hampir melengkapkan siasatan mereka berhubung dakwaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi kementeriannya, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya juga dimaklumkan bahawa SPRM sedang menunggu laporan transaksi daripada pihak berkuasa Australia.

“Lebih baik kita tunggu sahaja dan tiada guna kita bangkitkan semula,” katanya.

Kelmarin, sebuah portal melaporkan Mara membayar AS$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah 'syarikat lahu' (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai AS$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

Portal berkenaan turut mendakwa mereka mempunyai dokumen berhubung perkara itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment