Banjir: Rantau Panjang beransur pulih

Thursday, November 30, 2017

Banjir: Rantau Panjang beransur pulih

Banjir: Rantau Panjang beransur pulih

RANTAU PANJANG: Banjir di pekan Rantau Panjang beransur pulih apabila cuaca cerah tanpa hujan sejak tengah hari tadi.

Tinjauan BH mendapati beberapa kawasan mula menunjukkan penurunan paras air kepada 0.5 meter berbanding 1.5 meter sebelum ini.

Terdapat beberapa jalan yang ditutup kini sudah mula dilalui oleh semua jenis kenderaan seperti di Jalan Banggol Kulim, Kubang Rambutan dan Lubok Stol, di sini.

Sebelum ini BH melaporkan pekan Rantau Panjang lumpuh selepas dinaiki air sehingga paras satu meter dan menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Adni Ibrahim, berkata paras air Sungai Golok semakin berkurang berbanding semalam dengan bacaan tertinggi 10.66 tapi masih pada paras bahaya.

Katanya, beberapa jalan sudah mula dilalui dan terdapat penduduk yang mula membuka gerai makanan di sekitar pekan itu walaupun air masih melimpahi jalan namun sedikit cetek.

"Walaupun air sudah beransur surut, anggota penyelamat masih membuat pemantauan kerana beberapa lokasi seperti di Jalan Sekolah Cina dan Kubang Chenok, di sini masih dinaiki air dengan paras yang tinggi.

"Jika cuaca terus baik tanpa hujan, air akan mula surut sepenuhnya namun perlu berjaga-jaga kerana hujan dijangka berlaku lagi untuk gelombang seterusnya.

"Bagaimanapun masyarakat dinasihatkan sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan air banjir yang masih belum reda sepenuhnya," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment