Beberapa kawasan di Perlis masih alami banjir

Wednesday, November 29, 2017

Beberapa kawasan di Perlis masih alami banjir

Beberapa kawasan di Perlis masih alami banjir

KANGAR -  Beberapa kawasan di Padang Besar dekat sini masih dilanda banjir, namun pemantauan di sekitar sungai-sungai berisiko menunjukkan keadaan mula kembali normal.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, hujan berterusan selama tiga hari menyebabkan peningkatan kapasiti empangan Timah Tasoh.

"Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan rendah dengan ketinggian air di kawasan terjejas antara 0.1 hingga 0.3 meter," katanya.

Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal enam keluarga setakat 7 malam ini.

APM berkata, kesemua mangsa ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri, yang merupakan penduduk-penduduk dari Kampung Padang Malau dan Kampung Padang Malau Dalam. -Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment