'Kaki gigit' tidak jejas promosi pelancongan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kemampuan penyerang Barcelona, Luis Suarez mempromosikan industri pelancongan Malaysia tidak terjejas, walaupun terpalit dengan imej 'kaki gigit'.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pemain bola sepak tersohor itu mempunyai 25.3 juta pengikut di Instagram, 18.9 juta di Facebook dan 12.4 juta di Twitter.
Bintang Barcelona itu menjadi antara lebih 7.3 bilion penonton di Asia, China dan Eropah, yang bakal mengikuti perlawanan bola sepak La Liga musim 2017/2018.
"Jangan hukum dengan apa yang berlaku pada masa lalu kerana itu pembawaan diri ketika bermain bola, sebaliknya kita tumpukan kepada statistik pengikutnya di laman sosial, “ katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), di Dewan Rakyat, hari ini.
sumber: astroawani

Pertimbangan pelantikan Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia, berpandukan statistik pengikut di laman sosial penyerang antarabangsa Uruguay itu.
Bintang Barcelona itu menjadi antara lebih 7.3 bilion penonton di Asia, China dan Eropah, yang bakal mengikuti perlawanan bola sepak La Liga musim 2017/2018.
"Jangan hukum dengan apa yang berlaku pada masa lalu kerana itu pembawaan diri ketika bermain bola, sebaliknya kita tumpukan kepada statistik pengikutnya di laman sosial, “ katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), di Dewan Rakyat, hari ini.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment