Anjing gigit wanita di Serian positif rabies

Wednesday, November 29, 2017

Anjing gigit wanita di Serian positif rabies

Anjing gigit wanita di Serian positif rabies

KUCHING â€" Seekor anjing peliharaan yang telah menggigit seorang wanita di Ladang Masranti, Telagus di Serian pada bulan lepas disahkan positif wabak rabies, menurut  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Sekretariat itu, dalam kenyataan hari ini, berkata anjing milik individu dari ladang tersebut telah menggigit betis kanan Marni Nasir, 42, pada pada 19 Oktober lalu dan mangsa telah mendapatkan dua rawatan pada hari kejadian dan lima hari kemudian.

Menurutnya, pihaknya telah menerima keputusan histopatologi terhadap haiwan itu daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak, semalam yang mengesahkan anjing itu didapati positif rabies.

Lanjutan itu, JPBN mewartakan kawasan ladang itu sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies yang ke-27 di negeri itu.

Sekretariat itu berkata sebanyak 282 daripada 288 sampel yang dihantar ke VRI Ipoh telah diterima setakat semalam.

"Sampel tersebut adalah terdiri daripada 257 sampel anjing, 24 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 282 keputusan kes, 56 atau 19.9 peratus yang terdiri daripada 50 sampel anjing dan enam sampel kucing telah disahkan positif virus Rabies,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment