Bapa letup diri pada perbicaraan kes bunuh anak

Thursday, November 30, 2017

Bapa letup diri pada perbicaraan kes bunuh anak


NIKOPOL: Seorang bapa meletupkan diri pada perbicaraan kes bunuh anaknya di Ukraine pada Khamis.

Insiden yang berlaku di sebuah mahkamah di bandar Nikopol itu meragut dua nyawa termasuk salah seorang defendan yang dituduh membunuh anak lelaki tersebut.

Sembilan yang cedera terdiri daripada tiga defendan lain, pegawai konvoi, petugas mahkamah dan orang awam. Mereka kemudian dikejarkan ke hospital.

YouTube Организация Прихист

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut masuk ke dalam dewan ketika perbicaraan berlangsung dan menarik pin pada bom tangan lalu meletupkannya.

Anak lelaki tersebut serta rakannya didakwa ditembak oleh defendan menggunakan senjata automatik pada 2016.

Polis wilayah Dnipropetrovsk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden sejurus selepas kejadian.



sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment