ABIM bantu mangsa banjir Pantai Timur

Tuesday, November 28, 2017

ABIM bantu mangsa banjir Pantai Timur

ABIM bantu mangsa banjir Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengaktifkan semula bilik gerakan banjir di ABIM Pusat di sini dan Bilik Gerakan Kok Lanas bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur, khususnya Kelantan.

Malah, Bangunan Islamic Outreach ABIM Kok Lanas, Kelantan, sudah dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir di kawasan terbabit.

Skuad Prihatin ABIM akan ke Kelantan pada minggu ini bagi membantu mangsa banjir selepas Skuad Banjir ABIM Pusat digerakkan sebelum ini.

Setiausaha Kewangan ABIM, Syahrir Azfar Saleh, berkata bantuan segera diperlukan untuk mangsa banjir yang semakin meningkat.

Katanya, ABIM bercadang menghantar 200 set keperluan yang mengandungi makanan kering seperti mi segera, beras, sardin, biskut; keperluan masakan panas seperti ikan bilis, telur, minyak masak, kicap, bawang; keperluan kebersihan diri seperti tuala mandi, sabun mandi, tuala wanita; keperluan bayi dan keperluan ibadah.

"Orang ramai boleh terus membeli barang diperlukan dan menghantar ke bilik gerakan banjir ABIM Pusat di Taman Cemerlang (Nombor 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur) atau menyalurkan sumbangan kewangan mengikut pilihan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sumbangan kewangan boleh dilakukan secara dalam talian melalui www.billplz.com/banjirkelantan atau deposit/pindahan wang ke akaun ABIM (Maybank : 5642-2161-0116 atau Bank Islam : 1402-3010-030-552)

Syahrir berkata, bilik gerakan banjir ABIM di Taman Cemerlang akan dibuka setiap hari dari pagi hingga jam 10 malam untuk mengumpulkan barang bantuan mangsa banjir.

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di Kelantan dengan lebih 7,200 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di sembilan daerah, manakala banjir di Terengganu juga semakin parah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment