Empat guru pengawas itu berkumpul di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum ke sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Berang untuk mengendalikan peperiksaan.â¨
Namun setelah mendapati perhubungan terputus, PPD memohon khidmat pengangkutan APM yang kemudiannya turut mengambil dua calon SPM dari sekolah yang sama dengan trak agensi itu setelah terkandas di rumah masing-masing di Kampung Payang Kayu dan Kampung Tok Lawit.â¨
Mohamad Hafiz Kassim dan Muhammad Hairi Izwan merupakan antara 12 calon yang mengambil kertas terakhir SPM dalam subjek MPV Menservis Motosikal hari ini.â¨
Turut bersama dalam operasi pagi ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail dan Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Lt (PA )Sansuri Yaakob.- UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment