Mahu piza selama setahun? #CheeseTarikChallenge
KHABAR baik untuk penggemar penggemar piza keju, bermula pada 27 November hingga 24 Disember 2017, Domino's Pizza mengadakan cabaran #CheeseTarikChallenge yang bakal menyaksikan pemenang bertuah diberikan bekalan piza percuma selama setahun!
Bermula dengan pengenalan produk baharu Domino's Pizza iaitu Cheese Tarik Crust, syarat #CheeseTarikChallenge memerlukan pelanggan membeli pizza Cheese Tarik Crust dan tarik bahagian 'crust' piza yang mengandungi keju dengan cara sekreatif yang boleh!
Selanjutnya, rakam foto cabaran tersebut dan muat naik bukti cabaran berkenaan dengan hashtag #CheeseTarikChallenge dan tag @DominosMY.
Bukan itu sahaja, peserta #CheeseTarikChallenge perlu 'tag' atau 'mention' seorang kawan sebagai simbolik mencabar mereka melakukan cabaran #CheeseTarikChallenge.
Kemudian, peserta perlu melengkapkan slogan "I am tertariiik to Domino's Cheese Tarik because..." dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Akhir sekali, muat naik penyertaan dengan syarat-syarat yang tersebut di laman Facebook, Instagram ataupun Twitter. Mudah bukan?
Hadiah-hadiah akan diberikan kepada setiap pemenang mingguan pada minggu ke-empat sepanjang cabaran #CheeseTarikChallenge berlangsung.
Peserta yang memenangi hadiah utama akan diberikan bekalan piza 'Xtra Large' selama setahun dalam bentuk 12 Xtra Large Piza e-kupon yang sah digunakan untuk tempoh setahun.
Pemenang tempat kedua pula akan menerima bekalan piza 'Large' selama setahun dalam bentuk 12 Large Pizza e-kupon yang sah digunakan untuk tempoh setahun.
Pemenang tempat ketiga juga akan menerima bekalan pizza 'Regular' selama setahun dalam bentuk 12 Regular Pizza e-kupon yang sah digunakan untuk tempoh setahun.
Sementara itu, 5 hadiah saguhati berupa 1 e-kupon piza Cheese Tarik Crust bersaiz Large dengan tempoh sah digunakan selama dua bulan juga akan diberikan kepada setiap pemenang.
10 hadiah saguhati berupa 1 e-kupon piza Cheese Tarik Crust bersaiz Regular dengan tempoh sah digunakan selama dua bulan juga akan diberikan kepada setiap pemenang yang berikutnya.
'Tarik' untuk kebajikan
Untuk setiap cabaran yang diselesaikan, Domino's akan memberikan sumbangan ke arah inisiatif komuniti akhir tahun.
Domino's juga berikrar untuk menyumbang kepada inisiatif komuniti berdasarkan jumlah cabaran yang telah diselesaikan berdasarkan posting di media sosial.
Ini bermakna, lebih banyak peserta menyahut cabaran #CheeseTarikChallenge, lebih banyak sumbangan yang akan diberikan Domino's kepada pihak yang memerlukan.
Terma dan syarat penyertaan boleh didapati di http:/www.dominos.com.my/Promotions dan klik pada butang #CheeseTarikChallenge
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment