Kempen pelukan 10 saat diperkenal

Wednesday, November 29, 2017

Kempen pelukan 10 saat diperkenal

Kempen pelukan 10 saat diperkenal

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), memperkenalkan pelbagai program untuk memastikan institusi kekeluargaan di negara ini kekal utuh, serta untuk mengurangkan kadar penceraian.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, antara yang dilaksanakan adalah program pra dan pasca perkahwinan.

"Kita juga perkenalkan program yang meliputi  kempen pelukan 10 saat.

"Buatlah setiap hari di antara suami isteri dan anak-anak," katanya menjawab pertanyaan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu ketika mengulas mengenai kadar penceraian di negara ini, Azizah berkata kajian yang dilakukan oleh Kementeriannya mendapati satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan penceraian.

"Atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan," katanya.

Justeru katanya, pelbagai langkah efektif telah digerak dan diambil pihaknya bagi memastikan institusi kekeluargaan di negara ini kekal terpelihara dan bahagia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment