Sri Lanka keluar amaran siap siaga

Wednesday, November 29, 2017

Sri Lanka keluar amaran siap siaga

Sri Lanka keluar amaran siap siaga

COLOMBO - SRI LANKA . Kerajaan Sri Lanka mengarahkan pasukan Polis dan Pengurusan Bencana senantiasa bersiap siaga memandangkan keadaan angin kencang dan hujan lebat melanda di seluruh negara, terutama di wilayah selatan, lapor agensi berita China Xinhua.

Jabatan Meteorologi pada malam Rabu, mengeluarkan amaran kepada tentera laut dan masyarakat nelayan untuk lebih berhati-hati berikutan kelajuan angin boleh mencapai 70 hingga 80 kilometer setiap jam.

Hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora dijangkakan melanda kawasan laut dalam dan cetek di sekitar pulau berkenaan, terutamanya di barat dan selatan, menurut jabatan itu.

Tambah jabatan itu lagi, kawasan tekanan rendah di sekitar Sri Lanka akan terus meningkat dan bergerak dari pulau di sepanjang pantai selatan dalam masa 12 jam akan datang.

Ganguan bekalan elektrik  dialami penduduk di banyak kawasan di Colombo dan daerah selatan pada petang Rabu sementara angin kencang dan kilat menyebabkan pokok di kebanyakan jalan-jalan utama tumbang.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment