Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin

Wednesday, November 29, 2017

Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin

Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin

NEW YORK â€" AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu akan memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin, lapor Jordan News Agency (Petra).

Jawatankuasa PBB mengenai Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People (CEIRP), juga akan mengadakan satu sidang yang mana sejumlah peserta dan speaker, bakal menyuarakan semangat perpaduan mereka terhadap rakyat Palestin.

Speaker termasuk, pengerusi CEIRP merangkap utusan Senegal, Presiden Perhimpunan Agung, Presiden Majlis Keselamatan, Timbalan Ketua Setiausaha PBB dan Pemerhati Tetap Palestin, yang akan melafazkan pesanan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Pertubuhan antarabangsa itu juga dijadualkan menerima pakai enam resolusi menentang Israel, sebagai sebahagian daripada upacara tahunannya. Antara resolusi tersebut ialah menggesa Israel untuk memindahkan kawalan ke atas Bukit Golan kepada Syria.

CEIRP ditubuhkan pada 1975, berdasarkan Resolusi 3376 Perhimpunan Agung, dengan mandat menjadi penasihat kepada program untuk membolehkan rakyat Palestin melaksanakan hak, termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri tanpa gangguan luar.

Ia juga merangkumi hak untuk mendapatkan kemerdekaan dan kedaulatan serta bebas kembali ke rumah dan hartanah tempat di mana mereka telah diusir. â€"Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment