Banjir di Terengganu semakin pulih

Wednesday, November 29, 2017

Banjir di Terengganu semakin pulih

Banjir di Terengganu semakin pulih

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila mangsa yang dipindahkan semakin berkurangan kepada 1,080 orang yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) jam 9 pagi ini, keadaan di Besut semakin baik apabila angka mangsa yang dipindahkan menurun kepada 889 orang berbanding 1,300 yang dilaporkan semalam.

Semua mangsa membabitkan 236 keluarga itu ditempatkan di 19 PPS di seluruh daerah terbabit.

Keadaan cuaca yang semakin baik sejak petang semalam menjadi faktor kepada aliran menurun yang ditunjukkan di semua daerah yang terjejas, termasuk Dungun yang kini hanya mengaktifkan dua PPS untuk menempatkan 35 orang.

Mangsa di Setiu juga dilaporkan semakin menurun apabila hanya satu PPS masih diaktifkan untuk perlindungan 27 orang.

Di Marang, jumlah mangsa masih kekal 41 orang membabitkan dua PPS begitu juga dengan daerah Kuala Nerus yang masih mempunyai 35 mangsa berteduh dia dua PPS.

Ia diikuti Kuala Terengganu yang menyaksikan tiada perubahan dari segi angka mangsa iaitu kekal 53 orang di dua PPS.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment