Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat

Thursday, November 30, 2017

Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat

Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 13,842 malam ini, berbanding 13, 013 petang tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 5,484 keluarga berada di 62 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan mendapati, Pasir Mas terus mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 10,445 membabitkan 4,352 keluarga yang berada di 41 pusat pemindahan.

Tumpat juga menunjukkan peningkatan mangsa banjir yang ketara iaitu 2,245 mangsa daripada 788 keluarga berada di enam pusat pemindahan.

Pasir Puteh pula mencatatkan 821 mangsa daripada 245 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Sementara itu, paras Sungai Golok di dua lokasi iaitu di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih berada pada tahap bahaya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment