Enam maut, 23 cedera di Sri Lanka

Thursday, November 30, 2017

Enam maut, 23 cedera di Sri Lanka

Enam maut, 23 cedera di Sri Lanka

COLOMBO - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 23 lagi cedera, selepas angin kencang dan hujan lebat melanda Sri Lanka sejak malam Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pusat Pengurusan Bencana berkata, kematian dilaporkan di Galle, Gampaha dan daerah Badulla sementara beberapa kawasan di seluruh negara menyaksikan berlakunya beberapa kemusnahan yang teruk.

Kementerian Pendidikan juga mengarahkan sekolah ditutup di wilayah barat, selatan, tengah dan Uva pada Rabu.

Terdahulu, kerajaan Sri Lanka mengarahkan pasukan Polis dan Pengurusan Bencana bersiap siaga memandangkan keadaan angin kencang dan hujan lebat melanda di seluruh negara, terutama di wilayah selatan.

Jabatan Meteorologi pada malam Rabu, mengeluarkan amaran kepada tentera laut dan masyarakat nelayan untuk lebih berhati-hati berikutan kelajuan angin boleh mencapai 70 hingga 80 kilometer setiap jam.

Hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora dijangkakan melanda kawasan laut dalam dan cetek di sekitar pulau berkenaan, terutamanya di barat dan selatan, menurut jabatan itu.

Tambah jabatan itu lagi, kawasan tekanan rendah di sekitar Sri Lanka akan terus meningkat dan bergerak dari pulau di sepanjang pantai selatan dalam masa 12 jam akan datang.

Ganguan bekalan elektrik  dialami penduduk di banyak kawasan di Colombo dan daerah selatan pada petang Rabu sementara angin kencang dan kilat menyebabkan pokok di kebanyakan jalan-jalan utama tumbang. - Bernama


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment