Netizen jangka harga minyak naik minggu depan

Thursday, November 30, 2017

Netizen jangka harga minyak naik minggu depan

Netizen jangka harga minyak naik minggu depan

SHAH ALAM - Berikutan harga minyak kekal pada minggu ini (30 November- 6 Disember), rata-rata netizen menjangkakan ia akan meningkat minggu hadapan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga RON95, RON97 kekal tapi harga diesel naik]

Pengguna Facebook, Mohd Syahmie meminta rakyat tidak 'gembira' sangat dengan pengumuman harga minyak semalam.

"Jaga-jaga jangan nak gembira, minggu depan naik la sebab nak 'cover' minggu ini punya," tulisnya.

Pengguna Facebook, Muhamad Anwaruddin bersetuju dengan pendapatnya itu.

"Minggu depan dan seterusnya naik mendadak," tulisnya pula.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa harga minyak kini seolah-olah seperti bermain saham, anda naik turunnya seperti pengguna Facebook, Zaiby Motor.

"Minyak umpama saham ada kala naik, turun dan tidak berubah. Mungkin ia akan melambung naik bila lepas PRU?" soalnya.

Pengguna Facebook, Ji Ren berpandangan sama.

"Macam main saham dah minyak sekarang ini. Hahaha," tulisnya.

Sementara itu, ada juga netizen yang memerli kerajaan supaya menaikkan harga minyak semaksimum mungkin.

"Tolong lah, masih menunggu harga minyak naik sampai RM5, baru mendesup mencanak laju kenderaan kami," tulisnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen berfikiran positif dengan pengumuman harga minyak ini seperti Mohammad Firdaus Raziki.

"Nasib baik kekal, kalau naik orang marah tapi kalau turun lagi orang suka," ujarnya.

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 kekal minggu ini kepada RM 2.30 seliter.

Petrol RON97 juga kekal kepada RM2.58 manakala harga diesel naik dua sen dari RM2.23, menjadi RM2.25.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment