Tidak dinafikan pergolakkan rumah tangga Bella Astillah dulu banyak membuka mata orang kerana kekuatan Bella mengharungi dugaan itu. Disebabkan itu, Bella tampil berkongsi tentang apa yang terjadi kepada wanita yang banyak bertanyakan kepadanya di media sosial pada majlis pertemuan.

BACA: Bella Astillah Ambil Masa Lupakan Perangai Suami


“Saya tiada niat membuka semula cerita ini kepada orang sebaliknya ingin berkongsi apa yang terjadi dan bagaimana saya mengharunginya. Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosial, mereka ingin tahu bagaimana saya mendapat kekuatan”

“Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini. Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa,” katanya kepada Astro Gempak.

Majlis yang dinamakan Mutiara Hati Bersama Bella Astila telah diadakan semalam di Putrajaya, turut hadir bersama memberi sokongan, Aliff Aziz. Selain itu, Bella menafikan andai majlis itu berniat untuk membuka pekung didada serta mengaibkan maruah sesiapa. (rtky/w)