Kakak Mark Zuckerberg jadi mangsa komen seksual

Thursday, November 30, 2017

Kakak Mark Zuckerberg jadi mangsa komen seksual

Kakak Mark Zuckerberg jadi mangsa komen seksual

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Usahawan dan kakak pengasas laman sosial Mark Zuckerberg, Randi mendakwa beliau menjadi mangsa komen seksual ketika dalam sebuah penerbangan, semalam.

Menurut laporan CNN, Randi mendedahkan komen berkenaan diluahkan oleh seorang penumpang lelaki yang duduk di sebelahnya di Kelas Pertama penerbangan Alaska Airlines.

Selain itu, Randi mendakwa atendan penerbangan tahu mengenai kejadian berkenaan tetapi menyebelahi lelaki tersebut.

Kata Randi, beliau mengadu mengenai perkara tersebut kepada atendan penerbangan.

"Atendan penerbangan kemudian mengatakan lelaki tersebut adalah pelanggan tetap (frequent flier), tutup sebelah mata atas sikapnya," kata Randi melalui akaun Twitter beliau.

Tweet oleh Randi mendapat perhatian akaun Twitter Alaska Airlines yang kemudian menghantar email kepada Randi, mengatakan mereka kini menyiasat kejadian tersebut.

Randi menambah, atendan penerbangan mahu menukar tempat duduknya ke bahagian belakang tetapi beliau menolak kerana beliau adalah mangsa.

Atendan penerbangan kemudian menyuruh Randi supaya tidak risau kerana lelaki berkenaan 'memang cakap tidak bertapis'.

Komen-komen seksual oleh lelaki berkenaan berlarutan sepanjang penerbangan, dakwa Randi.

Sementara itu, Alaska Airlines menegaskan pihaknya 'tidak akan bertoleransi dengan salah laku seksual yang mencipta persekitaran tidak elok kepada kru dan penumpang'.

Randi sebelum ini bekerja di Facebook sebagai pengarah pemasaran dan meninggalkan gergasi sosial media berkenaan untuk menjadi usahawan.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment