Ahli gusti Iran diarah sengaja kalah
TEHRAN - IRAN. Rakyat Iran menyuarakan rasa tidak puas hati apabila ahli gusti negara itu, Alireza Karimi-Machiani menurut perintah untuk kalah dalam satu perlawanan.
Menurut BBC, Alireza mendahului 3-2 semasa menentang Alikhan Zhabrailov dari Rusia dalam kejohanan gusti sedunia di Poland sebelum menerima arahan itu.
Dalam satu rakaman, seorang individu dipercayai jurulatih Alireza, menjerit kepada beliau supaya kalah.
Individu tersebut kemudian menghentikan perlawanan untuk bercakap dengan Alireza dan dia kalah 3-14 selepas perlawanan disambung.
Laporan mengatakan Alireza sepatutnya melawan Uri Kalashnikov dari Israel sekiranya berjaya menumpaskan lawan dari Rusia.
Iran sememangnya dikenali sebagai antara negara yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan melarang atletnya untuk bersaing dengan Israel dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
Antara negara lain yang pernah bertindak sedemikian adalah Lubnan selepas atletnya tidak mahu berkongsi bas dengan atlet Israel semasa kejohanan Olimpik 2016.
Di kejohanan Olimpik Rio, atlet Mesir El Shebaby di'boo' oleh penonton selepas tidak mahu bersalaman dengan atlet Israel Os Sasson.
Walau bagaimanapun, dua pemain bola sepak dari Iran yang bermain untuk pasukan Greek melanggar arahan dengan menentang pasukan Israel, Ogos lalu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment