Bekas CEO ZPP didakwa lagi

Wednesday, November 29, 2017

Bekas CEO ZPP didakwa lagi


Kali ini, Azman, 50, yang juga bekas Pengurus Besar ZPP menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah berupa dua keping cek bernilai RM9,000 daripada dua pemilik syarikat di pejabat ZPP di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada Januari 2014 dan Disember 2016.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Azman didakwa menerima cek Hong Leong Bank bernilai RM5,000 daripada pemilik syarikat MW Global Trading, Mohd. Wardi Ramli pada Januari 2014.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima cek Hong Leong Islamic bernilai RM4,000 daripada Ashri Ismail yang juga pemilik syarikat AI Global Tra­ding antara 28 Disember dan 30 Disember tahun lalu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Azman dibebaskan dengan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu pengurusan kes pada 29 Disember ini untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nad­zri manakala Azman diwakili peguam Mohamed Reza Rahim.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment