PKNS FC intai satu piala, 5 kelompok terbaik Liga Super
PKNS FC menyasarkan satu piala dan kedudukan lima teratas saingan Liga Super musim depan.
Pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, sasaran yang ditetapkan adalah sama seperti musim lalu memandangkan ia masih belum dicapai.
âSaya rasa kebanyakan pasukan akan meletakkan sasaran sama iaitu satu piala dan lima teratas liga.
âTahun lalu kami sekadar mengakhiri saingan ketujuh dan tidak meraih sebarang piala, jadi diharapkan dengan beberapa rombakan sasaran ini dapat dicapai,â katanya.
Bagi menghadapi musim baharu PKNS melakukan beberapa rombakan dengan melantik bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal sebagai ketua jurulatih baharu selain turut menggugurkan kesemua tonggak import musim lalu.
Mengulas pengganti penjaga gol selepas Zamir Selamat dipancing Melaka United, Mahfizul memberi bayangan pengganti posisi itu pernah beraksi bersama pasukan Liga Super musim lalu.
âKita memang dah ada semua senarai pemain tempatan musim depan, termasuk penjaga gol. Pengganti penjaga gol itu juga dari Liga Super sebelum ini.
âKalau boleh biar dirahsiakan dahulu nama kerana kami akan mengumumkan senarai penuh pada bulan depan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment