25 suspek jenayah diberkas
SUBANG JAYA - Unit Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya berjaya mengesan dan memberkas 25 suspek bersabit pelbagai kes jenayah dalam tempoh lapan hari sejak 20 November lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, tangkapan termasuk dua wanita masing-masing seorang warga Nigeria dan warga tempatan yang ditahan di Putra Heights dan Subang Jaya pada 20 November serta 25 November lalu.
Menurutnya, polis menahan seorang lelaki dan merampas sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback, botol kaca, tong cat dan botol plastik kesemuanya berisi minyak petrol kira-kira jam 1.26 pagi, di Subang Jaya, 20 November lalu.
Pada hari sama, anggota MPV dan URB turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga Nigeria yang didapati tiada dokumen pengenalan diri sah dan memandu kenderaan tanpa lesen. Kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen dan kenderaan jenis Toyota Vios turut dirampas.
Dua lagi penjenayah ditahan pada hari sama kira-kira jam 1.52 pagi didapati masih dikehendaki polis bersabit kes Cheras dan Ampang.
âPolis tahan lima lagi lelaki pada 22 dan 23 November lalu bersabit kes curi, pemberi pinjaman wang, kes dadah dan samun. Turut dirampas gegantung iklan pemberi pinjaman wang dan dadah jenis syabu anggaran berat 0.33 gram.
âManakala 10 lagi suspek termasuk seorang warga Pakistan dan warga Indonesia ditahan di sekitar kawasan Bandar Sunway, Puchong, Putra Heights, Subang Jaya dan USJ 8 antara 24 dan 27 November lalu,â katanya.
Beliau berkata, enam suspek bersabit kes dadah manakala selebihnya disyaki terlibat kes samun, curi dan memiliki salinan dokumen palsu.
âHasil tangkapan kami berjaya mengesan seorang lelaki yang masih dikehendaki polis bersabit kes dadah.
âPolis merampas sebuah motosikal, dua telefon bimbit, satu tiub penyedut dadah jenis ketamin anggaran berat 0.25 gram, satu paket plastik mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan 3,565 keping poster pinjaman wang,â katanya.
Menurutnya, kejayaan hasil kecekapan dan ketangkasan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan terhadap masyarakat bagi memelihara kesejahteraan dan ketenteraman awam.
âSaya beri amaran kepada penjenayah dan mana-mana orang yang berhasrat untuk melakukan jenayah di daerah ini, unit MPV dan URB kami cekap dan proaktif serta tidak teragak-agak mengesan, menangkap dan mendakwa anda,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment