Mangsa banjir di Perlis meningkat

Wednesday, November 29, 2017

Mangsa banjir di Perlis meningkat

Mangsa banjir di Perlis meningkat

KANGAR - Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), akibat terjejas banjir di Perlis terus meningkat setakat 12 tengah hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis dalam kenyataannya berkata, sebanyak 24 keluarga membabitkan 83 individu kini ditempatkan di dua PPS iaitu di Titi Tinggi dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, dekat sini.

Menurut kenyataan itu, pemantauan di sekitar sungai-sungai yang berisiko mendapati paras air di sungai Jarum dan Tasuh US berada pada tahap bahaya, manakala sungai Chuchoh dan Tasuh DS berada pada tahap berjaga-jaga.

Katanya kampung yang terjejas adalah Kampung Titi Tinggi Hilir, Wang Kelian, Alor Dalam, Kubang Tiga, Bukit Chabang dan Aman, dengan ketinggian air antara 0.1 meter hingga 0.2 meter. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment