Mangsa banjir di Manjung meningkat

Thursday, November 30, 2017

Mangsa banjir di Manjung meningkat

Mangsa banjir di Manjung meningkat

SERI MANJUNG: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di daerah Manjung meningkat kepada 963 orang, setakat jam 7.20 pagi, hari ini berbanding 709 orang pada, jam 5.03 petang, semalam.

Jumlah itu membabitkan 225 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan di Lumut, Sitiawan, Segari dan Pantai Remis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata setakat ini jumlah mangsa yang ramai adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Pantai Remis membabitkan 438 mangsa daripada 100 keluarga diikuti Sekolah Agama Rakyat Tebuk Yan, membabitkan 207 mangsa daripada 52 keluarga.

"Pusat pemindahan di SK Dato' Ishak pula menempatkan 130 mangsa manakala pusat pemindahan di SK Nakhoda Mohamad Taib pula menempatkan seramai 26 mangsa.

"Sementara itu, di Dewan BNBBC Batu 4, Segari, seramai 92 mangsa ditempatkan dan seramai 48 lagi mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Batu 8, Segari," katanya di sini.

Beliau berkata, satu pusat pemindahan baharu dibuka di SK Muhamad Saman di Pasir Panjang, jam 11 malam tadi dan menempatkan 22 mangsa.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment