Thailand kenakan tol hujung tahun depan

Tuesday, November 28, 2017

Thailand kenakan tol hujung tahun depan


Timbalan Ketua Pejabat Pengangkutan dan Polisi Trafik serta Perancangan, Wilairat Sirisophonsin berkata, bayaran tol itu perlu dikuatkuasakan ekoran jumlah kenderaan asing yang banyak telah meningkatkan kos penyelenggaraan jalan raya dan kemalangan.

``Kerajaan membelanjakan kira-kira 15 bilion Baht (RM1.9 bilion) untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan raya malah turut membelanjakan 2.4 bilion Baht (RM304 bilion ) setahun akibat kemalangan jalan raya,’’ katanya.

Beliau berkata, pada tahun lalu sebanyak 2.1 juta kenderaan asing memasuki Thailand di 28 pintu sempadan dengan jumlah tertinggi dari Laos iaitu sebanyak 755,000 kenderaan diikuti Malaysia (596,000), Myanmar (495,000) dan Kemboja sebanyak 322,000 kenderaan.

Sirisophonsin berkata, kajian kutipan bayaran tol dari kenderaan asing akan disiapkan bulan depan dan usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan kelulusan kerajaan dan meminda undang-undang bagi membenarkan caj bayaran baharu melibatkan kenderaan asing berkuatkuasa kurang dari setahun.

Menurut beliau, berdasarkan kajian itu, kenderaan asing yang memasuki Thailand perlu membayar 100 Baht (RM12.65) untuk kad elektronik yang mempunyai tempoh hayat selama lima tahun dan tol bernilai 42 Baht (RM5.30) bagi setiap perjalanan.- Bernama



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment