Isteri hilang bersama anak yang sakit sawan
IPOH â" âSudah lima hari dia tak makan ubat, saya bimbang dengan kesihatannya,â luah seorang bapa, Loh Mun Kit, 38, khuatir keadaan anak tunggal perempuannya yang dilarikan isteri sejak 24 November lepas.
Anaknya yang baru berusia tiga tahun menghidap sawan sejak setahun lepas dan memerlukannya makan ubat hampir setiap hari.
Mun Kit yang bekerja sebagai tukang kasut di Gunung Rapat berkata, isterinya seorang warga Vietnam berusia 36 tahun meninggalkan rumah mereka di Pasir Pinji, di sini tanpa membawa bersama bekalan ubat anaknya itu.
âYang dibawa hanya pakaian, pasport, sijil kelahiran anak dan sedikit barang kemas serta duit tabung, sebelum kejadian, dia ada maklumkan kepada saya mahu pulang ke negaranya, dia mungkin merajuk kerana sebelum itu berlaku selisih faham sedikit,â katanya pada sidang media di Pejabat MCA Perak, semalam.
Mun Kit berkata, usaha awal telah dilakukan termasuk menghubungi keluarga mentuanya di Vietnam bagi mendapatkan kesahihan sama ada isteri yang dikahwini sejak 2014 itu pulang ke sana atau tidak.
âTapi mereka maklumkan dia tak ada balik sana, saya dah mula risau, saya cuba menghubungi talian telefon miliknya, namun dimatikan, malah rakan terdekat juga tidak tahu mereka di mana,â katanya.
Dia berkata, kebimbangannya berasas kerana isterinya pernah mengatakan tidak kisah menggunakan âjalan belakangâ asalkan dapat pulang ke negara asalnya.
Dalam pada itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Perak, Jimmy Loh berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Pinji berhubung kejadian itu.
Katanya, MCA turut membantu membuat pengesahan di Jabatan Imigresen bagi mendapatkan status keluar masuk isterinya.
âMaklumat kita peroleh, isteri dan anaknya masih berada di Malaysia, jadi kita minta orang ramai yang ada maklumat tampil membantu keluarga ini dengan segera melaporkan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian 018-5705799,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment