Vietnam jel blogger lapor tumpahan toksik

Tuesday, November 28, 2017

Vietnam jel blogger lapor tumpahan toksik

Vietnam jel blogger lapor tumpahan toksik

HA TINH - VIETNAM . Seorang blogger berusia 22 dihukum penjara tujuh tahun  kerana melaporkan kejadian yang menyebabkan puluhan orang jatuh sakit dan mengorbankan satu nyawa.

Menurut laporan New York Times, Nguyen Van Hoa didapati bersalah menyebarkan propaganda anti kerajaan dengan menghasilkan video dan menulis mengenai laporan tumpahan bahan kimia di Nhan Trach.

Agensi mengatakan sebuah kilang milik Taiwan membuang cyanide dan bahan kimia lain menerusi paip, menyebabkan hidupan laut di Nhan Trach mati sepanjang pantai sepanjang 193 kilometer.

Timbalan Pengarah Hak Asasi Manusia Asia, Phil Robertson mengecam hukuman keatas Nguyen.

"Hukuman terhadap Nguyen menunjukkan kerajaan Vietnam jelas mahu mengekalkan kawalan politik dan mengabaikan keadilan dan hak asasi manusia," kata Robertson.

Isu kerajaan menyebelahi pihak esekutif dengan memenjarakan blogger kerana melaporkan salah laku firma bukanlah sesuatu yang asing di Vietnam.

Jun lalu, kerajaan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang blogger, Nguyen Ngoc Nhu Quynh kerana melaporkan tumpahan bahan kimia untuk membunuh hidupan marin.

Dalam kes itu, kerajaan merahsiakan nama bahan kimia digunakan daripada doktor dan mangsa yang diracun bahan kimia tersebut.

Firma terlibat, Formosa Ha Tinh Steel Corporation disahkan bertanggungjawab dengan tumpahan tersebut dan didenda AS$500 juta.

Pengkritik menuduh kerajaan cuba melindungi firma-firma yang didakwa diberikan layanan istimewa selepas berjaya mendirikan kilang-kilang di pesisir pantai.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment