Jalan Lojing ditutup

Thursday, November 30, 2017

Jalan Lojing ditutup

Jalan Lojing ditutup

GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Lojing yang dinaiki air akibat hujan lebat ditutup kepada semua kenderaan ringan, petang tadi.

Jalan itu dinaiki air pada jam 6 petang berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa jam sebelum itu.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin, berkata air itu melimpah dari anak sungai berhampiran sedalam 0.35 meter.

Katanya, kawasan ditenggelami air itu sepanjang 500 meter dan tidak ada laluan alternatif lain.

"Pada masa sekarang, kawasan ini masih lagi hujan dan belum ada tanda air akan surut," katanya.

Fadhlil Wafi menasihati pengguna jalan itu supaya mematuhi arahan dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Mohd Yusalmi Mohd Yusoff, mahu pengguna jalan terbabit lebih berhati-hati terutama pada waktu malam.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pemantauan di kawasan laluan utama ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak itu supaya ia sentiasa selamat.

Katanya, selain air sungai melimpahi tebing, kejadian tanah runtuh dan hakisan bukit juga kemungkinan berlaku.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment