Pelancong AS tayang punggung di kuil ditahan

Thursday, November 30, 2017

Pelancong AS tayang punggung di kuil ditahan

Pelancong AS tayang punggung di kuil ditahan

BANGKOK - THAILAND. Dua rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan ditahan di Thailand selepas memuat naik foto yang menunjukkan kedua-duanya menayang punggung di kuil Wat Arun.

Menurut laporan BBC, foto yang melibatkan kuil popular Bangkok berkenaan dimuat naik ke laman Twitter dan Instagram.

Jabatan imigresen mengatakan kedua-dua Joseph dan Travis Dasilva yang berumur 38 tahun akan didenda dan dihalau dari Thailand.

Kedua-duanya ditahan kelmarin di lapangan terbang Don Mueang, Bangkok ketika cuba menaiki pesawat.

"Selepas mereka bersih dari dakwaan, jabatan imigrasi Thailand akan batalkan visa dan halau mereka," kata jurucakap jabatan imigresen, Kolonel Choengron Rimpadee.

Selain itu, kedua-dua lelaki berkenaan juga akan dimasukkan ke dalam senarai hitam.

Thailand memang terkenal dengan perlaksanaan undang-undang ketat mengenai kelakuan tidak senonoh di kuil-kuilnya.

Pada 2015, dua wanita AS ditahan, didenda dan dihalau selepas merakam foto lucah mereka di kawasan kuil Angkor Wat di Cambodia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment