Nabila Huda selesa untuk berimej ala tomboi

Wednesday, November 29, 2017

Nabila Huda selesa untuk berimej ala tomboi


Sinonim dengan pilihan gaya yang di luar kebiasaan, keputusan Nabila untuk menggayakan potongan tersebut didorong oleh rasa ingin mencuba kerana tidak pernah berambut pendek.

“Lagipun saya sudah tidak terikat dengan sebarang konti drama mahupun filem. Jadi tiba masanya untuk menukar gaya. Pada masa yang sama, tiada rancangan pun untuk memotong rambut sehingga pendek sebegini.

“Idea ini tercetus secara spontan ketika bertandang ke salon milik Ridz Okumura. Setelah berbincang dengan pendandan rambut terkenal itu, dia pun kata okey,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut pelakon filem Rempit Sampai Langit itu, penampilan terkininya itu disambut baik oleh si suami dan para peminat menerui maklum balas yang dibacanya di laman sosial.

Katanya, setelah melalui proses mewarnakan rambut sebelum ini dan menjadi keras serta kasar, dia membuat keputusan memendekkannya agar tumbuh rambut baharu yang lebih sihat.

“Selepas siap potong, saya rasa segar dan selesa. Kalau tak rasa rimas semacam masa berambut panjang,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment