Agensi berita Xinhua memetik laporan satu tinjauan sebagai berkata, hal demikian kerana rasa kurang yakin golongan tersebut terhadap keupayaan Parti Republikan dan Demokrat dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Hasil tinjauan NBC News/GenForward yang diterbitkan semalam itu juga menunjukkan, 63 peratus daripada golongan berkenaan tidak bersetuju dengan cara Presiden Donald Trump memegang jawatan itu.
Sementara itu, 65 peratus lagi percaya AS kini tidak lagi berada pada landasan yang betul secara keseluruhannya.
Tinjauan yang sama menunjukkan enam daripada 10 responden tidak bersetuju dengan cara Kongres menjalankan tugas.
Selain itu, 59 peratus daripada mereka mempunyai pandangan yang tidak begitu baik terhadap Republikan manakala 42 peratus lagi berpandangan sama kepada Demokrat.
Secara keseluruhannya, sebahagian besar generasi muda AS tanpa mengira bangsa, jantina atau penyokong mana-mana parti tidak yakin kedua-dua parti itu ‘mempedulikan’ mereka.
Tinjauan yang dijalankan antara 26 Oktober hingga 10 November itu melibatkan seramai 1,876 golongan muda di AS yang berusia antara 18 dan 34 tahun.
Julat sampel yang rosak secara keseluruhan ketika tinjauan dijalankan bagaimanapun hanya sekitar 3.92 peratus. – BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment