Gelang Mas mula ditenggelami banjir

Tuesday, November 28, 2017

Gelang Mas mula ditenggelami banjir

Gelang Mas mula ditenggelami banjir

PASIR MAS - Beberapa kampung di sekitar mukim Gelang Mas mula ditenggelami banjir ekoran hujan lebat dan limpahan air Sungai Golok sejak kelmarin.

Antara kampung di mukim itu yang sudah ditenggelami banjir ialah Banggol Naim, Kolam dan Kaloi.

Seorang penduduk Banggol Naim, Ismail Yusof, 52, berkata, air mula memasuki kampung mereka sejak semalam.

"Paras air meningkat selepas hujan turun tidak berhenti sejak jam 3 pagi tadi.

"Setakat ini saya sudah pindahkan semua ternakkan ke tempat yang lebih selamat,"katanya.

Menurutnya, jika paras air semakin naik dia akan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kerja membawa keluar penduduk yang terlibat sedang giat dijalankan oleh anggota polis.

Bukan itu sahaja, kerja-kerja menyelamat turut dibantu oleh penduduk sekitar menggunakan lori.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment