Dokumen hala tuju industri 4.0 keluar suku ketiga 2018

Tuesday, November 28, 2017

Dokumen hala tuju industri 4.0 keluar suku ketiga 2018

Dokumen hala tuju industri 4.0 keluar suku ketiga 2018

KUALA LUMPUR - Dokumen hala tuju Malaysia dalam Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dijangka akan dikeluarkan pada akhir suku ketiga tahun depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Dokumen tersebut turut merangkumi peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta langkah yang akan diambil untuk memastikan PKS tidak ketinggalan menyertai Industri 4.0 itu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pemahaman mengenai Industri 4.0 merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian selain diperluaskan ke seluruh negara, khususnya kepada PKS yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

Miti dalam laporan sebelum ini memberitahu ia sedang melengkapkan rangka kerja bagi syarikat, terutama PKS untuk diguna pakai bagi bagi Industri 4.0 dan sedang berusaha menangani pelbagai isu seperti standard, alam sekitar, teknologi, pembangunan sumber manusia dan PKS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Industri 4.0 adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan perindustrian, termasuk sasaran ekonomi negara sebanyak RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang. â€"Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment