Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

Thursday, November 30, 2017

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 12,849 mangsa petang ini, berbanding pagi tadi 13, 520 mangsa.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan sehingga jam 2 petang, bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) juga berkurangan kepada 73 PPS berbanding 99 pusat pada pagi tadi.

Pusat pemindahan di Jeli juga sudah ditutup sepenuhnya mulai petang ini susulan banjir semakin surut selepas hujan berkurangan sejak malam tadi.

Bagaimanapun, Pasir Mas masih mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 9,622 mangsa membabitkan 3,966 keluarga yang berada di 46 pusat pemindahan.

Tumpat pula menunjukkan peningkatan mangsa banjir kepada 1,249 mangsa membabitkan 419 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Sementara itu, 22 jalan masih ditutup dengan sebahagian besar ditutup kepada semua kenderaan akibat paras air yang tinggi.

Antara jalan yang ditutup termasuk Jalan Kok Lanas-Selising, Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, Jalan Sekolah Cina, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung dan Jalan Banggol Kulim-Rantau Panjang.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment