Sanggup biar anak 'diratah' suami kerana sibuk
SHAH ALAM - Pahit untuk ditelan, namun hakikatnya ada ibu yang tidak melindungi anak gadisnya sendiri daripada 'diratah' suami kerana sibuk dengan komitmen lain.
Pendedahan itu dibuat Pengarah Kempen Stop #Perogoldalamrumah, Abdja Zulkifli menerusi Wacana Siri ke 51 bertajuk âPerogol Dalam Rumahâ di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.
Menurut Abdja, pengakuan itu diperoleh hasil daripada kempen yang dijalankannya selama ini.
"Masalah rogol ada banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu takut untuk lindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana takut hilang mata pencarian atau secara mental didera oleh suaminya," katanya.
Malah kata Abdja, ada juga ibu yang merelakan, malah memaksa anaknya melayan nafsu serakah suami kerana terlalu sibuk fokus terhadap perkara lain.
Menurutnya, para ibu perlu bangkit memerangi jenayah rogol dalam rumah.
"Ibu bapa perlu tahu peranan masing-masing. Ibu atau mangsa sendiri perlu tahu saluran yang betul untuk mengadu jenayah rogol yang berlaku dalam rumah," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment