PBT boleh guna kaedah PIBK tingkat perkhidmatan
SHAH ALAM - Institut Integriti Malaysia (Integriti) mengesyorkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara menggunakan pendekatan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (PIBK) bagi memperkukuh budaya berintegriti, sekali gus menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata, perbincangan telah diadakan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek bagi membolehkan pendekatan PIBK digunakan di peringkat kerajaan tempatan i seluruh negara.
Katanya, Integriti mencadangkan pelaksanaan PIBK susulan kejayaan projek rintis di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada tahun lalu.
Hasil projek rintis di tiga kawasan terbabit, kata beliau, tahap penyediaan perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan longkang dan penyelenggaraan parit menunjukkan kadar penyelesaian masalah dengan ketara dan kualiti perkhidmatan telah meningkat sebanyak dua kali ganda.
âSetakat ini pendekatan PIBK ternyata menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan PBT-PBT."
Kata beliau, pendekatan PIBK tidak hanya terhad kepada perkhidmatan PBT sahaja, sebaliknya boleh digunakan membabitkan perkhidmatan-perkhidmatan di sektor lain.
PIBK membabitkan prinsip kolaborasi atau penglibatan komuniti dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu atau masalah. Ia pendekatan proaktif membabitkan peranan rakyat bagi peningkatan kualiti perkhidmatan dan memperbaiki sistem penyampaian berdasaran prinsip pembudayaan integriti.
âKami melihat pendekatan PIBK ini boleh diamalkan oleh PBT-PBT di seluruh negara, bukan sahaja membabitkan perkhidmatan kutipan sampah, pembersihan longkang dan penyelenggaraan parit, malah perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti perolehan, projek perumahan dan sebagainya,â kata beliau menerusi satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.
âKami di Integriti melihat pendekatan PIBK ini sebagai program âRukun Tetangga waktu siangâ di mana masyarakat atau penduduk setempat bagi bertindak sebagai mata dan telinga kepada PBT, malah kepada pihak kontraktor sendiri dalam memastikan setiap perkhidmatan disediakan dengan penuh berintegriti, mengelak elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kedudukan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment