Paras air mula tunjukkan trend menurun

Tuesday, November 28, 2017

Paras air mula tunjukkan trend menurun


Sehingga pukul 1 petang ini, sebanyak 8,382 mangsa daripada 2,779 keluarga telah dipindahkan.

Jajahan Pasir Mas terus mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi dengan 4,248 mangsa di 36 buah PPS.

Menurut laman web http://publicinfobanjir.water.gov.my/, hanya Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, di sini sahaja menunjukkan trend menaik dengan paras air melebihi tahap amaran.

Paras air di Sungai Golok biarpun melebihi tahap bahaya namun telah menunjukkan trend menurun. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment