LELAKI melecur apabila kereta dipandu terbakar selepas terbabas ke tebing jalan di Jalan KL-Ipoh, dekat pusat pengajian Darul Atiq, Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
Mangsa, Choo Wei Leong, 38, dijumpai dalam hutan, kira-kira 10 meter dari keretanya sambil menahan kesakitan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie, berkata pihaknya menemui mangsa berdasarkan kesan darah.
Menurutnya, Wei Leong turut dilihat berada dalam keadaan trauma.
âMangsa dipercayai keluar sendiri dari kenderaannya menuju ke dalam hutan dan bukan ke jalan raya.
âAnggota bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB),â katanya.
Beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.52 tengah malam.
Menurutnya, pasukannya tiba 13 minit kemudian dan memadam kebakaran yang memusnahkan 100 peratus kereta berkenaan.
âAnggota bomba berjaya memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran tangki pam jentera bomba. Operasi kami tamat pada 1.56 pagi,â katanya.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment