JKM cari waris bayi dijumpai di kuil

Monday, November 27, 2017

JKM cari waris bayi dijumpai di kuil

JKM cari waris bayi dijumpai di kuil

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) daerah Seremban sedang mencari waris bayi yang dijumpai di sebuah kuil di Senawang, bulan lalu.

Pegawai Kebajikan Daerah Seremban, Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi lelaki yang diberi nama 'Dinesh' berusia lingkungan satu bulan itu ditemui orang awam pada 17 Oktober lalu.

"Ketika ditemui, bayi tersebut berpakaian lengkap dan terdapat sedikit barangan keperluan bayi ditinggalkan, namun tiada sebarang dokumen disertakan.

"Bayi ini kini berada di bawah perlindungan JKM mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 setelah diberi kebenaran oleh pihak mahkamah mengikut Seksyen 15(3) akta sama," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan perkara itu boleh menghubungi pegawai pelindung Norlinda Rozak di talian 013-2905266 atau 06-6015798 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Seremban.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment