Peace Premium Store pertama di Malaysia
PEACE Collections Group Berhad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan pembukaan Peace Premium Store yang pertama di Giant Kuala Terengganu.
Dikenali antara butik pakaian wanita Muslimah terbesar di Malaysia, Peace Premium Store menampilkan rekaan pakaian terkini, dengan fesyen yang lebih menyegarkan.
Konsultan Fesyen Peace Collections Group, William Liew berkata, berbanding butik Peace Collections sedia ada, premium store itu mempunyai lebih banyak pilihan.
âKita mempunyai koleksi baju kurung moden, jubah moden, blaus, seluar slack, baju mengandung, jean, skirt, blazer, malah koleksi baju Melayu dan set pakaian untuk keluarga bagi mereka yang ingin pakaian sedondon.
âMenariknya, koleksi yang kita hasilkan berkualiti tinggi untuk semua iaitu daripada saiz XS hingga 6L (saiz 34 hingga 60), dengan harga yang murah dan mampu milik,â katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Dibuka secara rasmi semalam sempena Hari Kebangsaan, William berkata, pembukaan premium outlet itu bertepatan dengan strategi perniagaan mereka yang sebelum ini hanya tertumpu pada butik, yang kini berjumlah 150 buah di seluruh negara.
Selain menaik taraf perniagaan mereka, Peace Collections juga menumpukan kepada penggunaan fabrik yang lebih berkualiti yang diimport dari luar negara, dengan reka bentuk terkini dan ideal untuk semua saiz.
âKami memilih Terengganu kerana kita mula bertapak di negeri ini sejak tahun 2000 lagi dan mempunyai pelanggan tetap yang setia dengan kami selama ini. Jadi, premium store ini sebagai hadiah untuk mereka.
âPada masa yang sama, kami berhasrat untuk menarik lebih ramai pelanggan daripada kalangan generasi muda.
âJadi, kami harapkan penduduk Terengganu tidak melepaskan peluang ini dan berkunjung ke Peace Premium Store bertempat di tingkat satu Giant Kuala Terengganu yang dibuka setiap hari, dari jam 10 pagi hingga 10 malam,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment