Lelaki hilang selepas dikejar anjing

Saturday, September 29, 2018

Lelaki hilang selepas dikejar anjing

Lelaki hilang selepas dikejar anjing

BALING - Seorang lelaki hilang dan gagal dikesan ahli keluarganya di Kampung Dalam Wang, sejak petang tadi.

Pegawai APM Daerah Baling  Lt (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata, berdasarkan maklumat polis, Mohammad Denish Jamaludin, 43, dari Taman Lili keluar bersama anaknya, Mohd Fikri Hafiz,11, dengan menaiki motosikal.

"Mangsa keluar untuk tengok tanah yang ingin dijual di Kampung Baru Dalam Wang namun mereka dikejar anjing.

"Dua beranak itu kemudian berpecah untuk selamatkan diri. Anaknya keluar ke jalan raya untuk minta bantuan orang kampung," katanya.

Beliau berkata, penduduk telah membuat laporan polis dan operasi mencari mangsa masih diteruskan.

"Operasi masih diteruskan melibatkan agensi seperti bomba, polis dan penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li berkata, maklumat lengkap sukar diperoleh kerana anak mangsa mengalami autisme .

"Namun kita dapat faham apa ingin disampaikan, berdasarkan maklumat, ayahnya terjatuh dan pengsan.

"Si anak ambil telefon bimbit daripada poket ayah untuk minta bantuan tetapi kehabisan kredit," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment